Kerjaya kelab Sinan Kurt

Borussia Mönchengladbach

Kurt menyertai kelab remaja Borussia Mönchengladbach pada tahun 2007 sehingga beliau menunggu proses untuk memasuki Borussia Mönchengladbach II pada tahun 2014. Pada tahun-tahun sebelum ke Borussia Mönchengladbach II, beliau telah menjaringkan 31 gol, membuat 21 hantaran dalam 52 perlawanan. Selepas membuat aksi yang baik, Kurt melanjutkan kontraknya bersama skuad Gladbach sehingga 2016. Pada musim 2013-14, Kurt bermain untuk pasukan bawah-19 dna beliau menjaringkan 16 gol dalam 24 penampilan. Beliau membuat debut untuk skuad Gladbach II ketika menentang Viktoria Köln pada 2 Ogos 2014 dengan menggantikan Marlon Ritter pada 15 minit terakhir.

Pada lewat Ogos 2014, Bayern Munich dilaporkan berminat untuk menandatangani Kurt dan beliau dilihat untuk berpindah ke Bayern.

Bayern Munich

Pada 31 Ogos 2014, Bayern Munich mengesahkan bahawa Kurt telah menandatangani kontrak empat tahun. Kurt membuat debut untuk pasukan reseve Bayern ketika menentang SV Schalding-Heining pada 17 Oktober 2014. Beliau membuat debut untuk skuad senior ketika menumpaskan Hertha BSC 1-0.